Pages

Saturday, 9 November 2013

maGis Ramlee awang murshid


Assalamualaikum semua....
 
ada apa ngan magis nie, jom mulakan pengembaraan magis..............ngan berkenalan ngan hero-heronya yang pertama adalah saifudin aka laksamana sunan, tombiruo, ryu-watanabe, mikhail dan carlos.

laksamana sunan adalah watak dari novel bagaikan puteri, tombiruo dari novel tombiruolah hehehe, ryu-watanabe dari novel hatiku di harajuku, mikhail dari novel mikahil lah, n terakhir carlos dari novel mandatori, n tetiba rasa mesti ada yg pening lau baca buku nie terus kan tanpa membaca novel yg di bintangi hero2 nie so jom kite tgk sinopsis novel2 hero2 nie jap sebelum jump to MAGIS hehehe.....

kita mulakan ngan Bagaikan puteri, mengisahkan tentang Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Tombiruo pula mengisahkan tentang ejim yg bukan berwajah manusia dan amiruddin kembarnya, lelaki normal y taat beragama, tanpa mereka ketahui awalnya bahawa diorang nie kembar, diorang nie jumpa kat hutan .Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeridan bacalah novel tombiruo tuk korang taw cam ner pertemuan, adik beradik kembar yg bertahun xkenal satu sama lain, hehehe pertama kali lihat wanita dia yg berwajah bukan manusia jatuh cinta, oleh kerana kembar dia mempunyai rasa y sama, apakah yg akan berlaku, dapatkah amiruddin menerima ejim??adakah wan suraya dapat membongkar rahsia pembunuhan yg berlaku.....jgn tgu lagi koran kena cari buku n baca k hehhee 

ryu-watanabe dari novel Hatiku Di Harajuku, Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai? beli n baca sendiri yer kenkawang akhirnya camner hehehe ending cu teka ryu watanabe pilih sape noriko ker girl yg baru dia jumpa.....

hero keempat adalah Mikhail....bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar, kesian sebenarnya ngan mikail nie tapi best cuz cam rihana fall in love ngan mikhail neh, walopom mikhail nie sebenarnya nak bunuh dia, tapi first tgk rihana lagi mikhail nie dah xleh blah dari renung wajah rihanna means dia pun suka jugak kat si rihanna nie, tapi si kakak rihanna nie polis, sah2 taw de yg tak betul ngan mikhail nie, nak taw camner ending samaada mikhail meninggal atau tak korang p kdai2 buku n buy ler hehe...best aku suka cter2 camnie napelah malaysia xde buat, adaptasi mikhail nie ker, lau ada yg adaptasi novel ADAM (aku darah anak melayu) lagi aku suke.....

n last hero adalah carlos dari novel mandatori-Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori! tekanan hidup buat carlos jadi camnie sebenarnya, bagi aku dia baik jer manusia jahat yg buat dia jadi camnie, sebab tu la hidup kita manusia normal, hamba Allah yg lemah nie, perlukan sokongan dan kata2 semangat, jangan duk hentam terus lau ade buat silap, bagi chance lah tapi lau sepuluh kali bagi chance still xubah, better cari org yg lebih advance bagi ceramah or ape2 jer yg leh bagi insaf , tapi yg penting individu tu sendiri nak ubah ke tak n keajaiban doa ibu bapa, n hidayah-Nya....

sekarang kte jump to Magis....

    

No comments:

Post a Comment