Pages

Sunday 6 December 2015

cinta saya untuk si angkat

hujan di luar rumah, aku termenung di birai katil ku yang empuk sambil menjeling video big bang loser di laptop yang terpasang, hatiku yang tengah sakit ini semakin luka rasanya, bila orang yang aku cinta, aku lihat berpegangan tangan dengan awek cun ala ala nd u olls, aku yg boleh dikatakan, suam suam kuku ini hanya mampu memandang dan gigit jari, dan lebih parah bila cinta ini hanya cinta dalam diam, si dia yang tinggi cam galah tu tak pernah tahu akan perasaan ku yang semakin hari semakin sayang pada dia, 

cinta itu buta dan sangat gila, bila aku boleh setia pada dia..tanpa dia tahu siapa aku, biarpun aku suka dan cinta sekalipun, aku tetap perempuan melayu yg kebal dengan rasa malu, tak sekali kali memulakan langkah biarpun org yg ku cinta akan pergi kepada org yang di cinta kerana, aku percaya bila adanya dia dalam setiap doaku, Allah akan makbulkan doa ku andai dia adalah imanku nanti, tapi tak kan pernah ku lupa pada iman pertama dan kekasih pertamaku, abah......pelindung setia dan bodygard tak bergaji dari kecil hingga ke hari ini. 

umurku menjangkau dua puluhan dan aku merasa sudah sampai masa aku menamatkan zaman bujang ini, bukankah orang muda di sarangkan berkahwin awal untuk menjaga kehormatan dan juga bukahkan perkahwinan itu juga akan memberikan rezeki, kerana kita adalah manusia yang punyai lumrah tuk bercinta, jangan pernah lupa, jadi ikutlah saranan dan jalan yang di beri nescaya hidup ini lebih damai dalam mengejar redha ilahi

dalam hati yang luka dan tercalar aku kuatkah langkah kaki pergi mengambil wudud dan akan ku serahkan hati pada tuhan yang satu, pendengar setia semoga Dia memberi jalan, andai cinta ini akan terus melukakan tamatkanlah ia, hentikan sampai di sini kerana aku ingin bahagia, hidup hanya sementara dan aku ingin bahagia bersama yang tercinta dan mohon cinta ini sampai syurga...

setelah puas menangis, esoknya aku bangun dengan azam baru, mata yg sembab aku xendahkan, sebaliknya aku terus melakukan rutin wajib setiap pagi, setelah bersiap sebaik mungkin tuk menutup mata bengkak, senyuman ku ukirkan pada diri sendiri, dan bismillah permulaan hati di ucapkan semoga hari ini lebih indah dari semalam, semalam ku tinggal jadi kenangan.

keluar dari bilik aku melihat dia yang ku cinta tersenyum mesra di samping keluarga aku, parah lagi hati ini, tapi ku cekalkan hati jua demi dia yang ku cinta, cinta ini gila bila si dia yang ku cinta duduk serumah dan sentiasa di depan mata, harap maklum tuk pengetahuan umum aku cinta sama dia abang angkatku sendiri, cinta diam yang makin hari makin menjunam dalam ke dasar hati, tapi telah ku kuatkan diri tuk tinggalkan cinta ini jadi hidup perlu di teruskan tanpa perlu di ungkit lagi rasa ini, 

walaupun umur ku dah berangka dua di depan, tapi keluarga aku tetap melayan aku seperti anak kecil gara2 aku seorang anak perempuan dalam keluarga ku ini, abang dan adik ku kedua duanya lelaki dan seorang lagi si anak angkat yang telah ku telak di hati ini. walaupun begitu batas2 pergaulan antara kami masih terjaga, abah dari kecil lagi sudah berpesan dan sentiasa menjeling sayang akan kelakuan kami adik beradik.

tapi bila terimbas si angkat nie berpegang tangan semalam, mulut ini geram ingin mengadu tapi bila fikir balik dah macam kanak-kanak rebina pulak, dan dah kenapa aku mengeletis dengki dengan dia kan, dengki kerana sayang tapi sayang tak masuk akal nak mengadu, so the best way is blah lah wei, layanan sama rata dan ramah mesra antara adik beradik putus mulai hari ini, si angkat akan ku pulaukan, depan keluarga akan ku buat biasa seperti sedia kala tapi tak kan ada lagi  bila hanya kami berdua, akan di elakkan berkilo kilo meter jauhnya. hahaha plan jahat dan bermukim di hati, demi cinta yang ku ingin lepaskan ini.........

to be continue

Tuesday 1 December 2015

masih ada.....


aku masih ada 
masih di sini 
setia jalani hidup 
selagi ajal belum menjemput
semangatku 
perjuanganku 
masih membara sehingga detik ini 
tak kan pernah menyerah 
walau badai sentiasa ada
tak kan pernah berhenti 
walau air mata mengalir di pipi
kerna tuhan tak pernah berikan manusia ujian yg sia sia.....

walau siapa pun engkau di mata manusia, tak ubah pandangan Dia yang mencipta, biar sendiri tempuhi perjalanan jangan pernah fikir engkau sendiri kerana Dia pencipta sentiasa ada melihat, tapi untuk mendapatkan yang terbaik haruslah berusaha, kata kata itulah yang memberi aku semangat, semangat tuk teruskan hidup yg penuh cabaran dan dugaan, aku di ibaratkan sepuluh langkah terkebelakang dari kawan  kawan, tapi akan aku usahakan menjadi yang terbaik dalam perjalanan ku, kerana dalam perjalanan kita akan berjumpa bermacam-macam orang, yang berjaya, yang gagal, ...................to be continue 

kekonon mau bikin cerpen, dah jadi macam apa dah whatever lah, next time smbg lagi bila idea ada, teringin menulis cerpen, cerpen yang jadi kenangan, kenangan yg buat kita semua berfikir, fikir hidup ini ada akhirnya, dunia ini hanya sementara, tujuannya tuk kita mencari, cari redha ilahi kerana akhirat yg abadi, biar bergetar rasa hati bila nama tuhan yg aku sebut nanti, rasa cinta yg tulus suci menyemai di hati untuk dia pencipta, kerana do n dont dah di beri, bila di ikut damailah negeri, bila di langgar pecahlah dunia, salam maghrib semua....al-fatihah tuk diri sendiri smga hidayah Allah mendekati......