Pages

Sunday 16 March 2014

MH 370 - 8/3/14

Assalamualaikum............................

kehilangan mh370 memberi pelbagai andaian kepada orang ramai, semua tertanya-tanya, ada yang memberi  andaian yang negatif, dan juga sebaliknya.....tapi sesungguhnya ia membuat kita semua berfikir, yang jelas kita jangan putus harapan, smga mereka pulang dengan selamat, yakin dengan sepenuhnya bahawa semua yang terjadi bersebab dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya, seluruh dunia memandang kita sekarang, segala tindak tanduk kita di perhatikan, di nilaikan, dalam kita bersedih, kebimbangan dalam pencarian, yakin lah Allah tak pernah lepas dari melihat dan mendengar....... 


Tuesday 4 March 2014

aku kantaoiii ngan bos!!!


Assalamualaikummm.......................

sempena ngan tajuk kantoiii ngan bos, meh nak citer ckit pasal diri ku yg telah kantoii ngan bos hehehehe....sebenarnya aku nie jurujual tapi aku nie tak pandai nak buat sale, kerja aku nie senang jer tapi maklumlah aku nie berat mulut nak bercakap, tapi aku rajin bab2 singgah2 kat blog kamu2 nie tut tut tut bos datang tanpa di undang........dan bermulalah lakonan aku dan si kawan nie hahahaha...........nasib baik bos baik, pandang sebelah mata jer kat si partner aku yg ngah tgk citer on9 kat tenet, dan aku sgt bernasib baik ngah belek2 majalah jer, besenyer pc tu aku buat hak milik aku sorang jer hahaha ptg kan diri sgguh!!!!.....tu jelah aku nak citer hehehe...........walaupun hidup tak selalu indah, aku tetap senyum melangkah, semalam ku jadikan kenangan, hari ini ku lalui ngan harapan, esok ku impikan yang baik baik jer


                      

                    oleh yang demikian.........................................

                    

                  apa nak di kata
                    
                   

             HEHEHEHEHE NIKMATI HARI INI ESOK BELUM TENTU CERIA..............
                    

Sunday 2 February 2014

kekasih abadi lisa dan yusri kru

Assalamualaikum.......hari ini saya ingin berkongsi rasa hati, tentang perasaan jatuh cinta.............hehehe jatuh cinta dengan lagu pasangan lisa dan yusri, iaitu KEKASIH ABADI..........layann.........



               

setiap kali ku bukakan mata                                                                                            
hati tersentuh kau hiasi dunia                                                                                                             
syukur kerana Dia mendengar                                                                                                          
doa doa ku oh
baru terasa nikmat percintaaan
indah di buai beribu khayalan                                                                   
semua impian yang ku damba
menjadi nyata
tak perlulah lagi ku bermimpi
kini kau hadir dalam sedar menyintai
untuk kekal sehidup semati
tak perlulah ku memeluk angan
kini kau ada erat di dalam dakapan
padamu ku setia berjanji
kekasih abadi
jika di takdir pergi bersama
ambilah hembus nafas terakhirku
agar tak merasa bagaimana
hidup tanpamu
bersama kita cekal membina
sebuah istana yang terindah
di sana kasih kita bersemadi
tak perlulah lagi ku bermimpi
kini kau hadir dalam sedar menyintai
untuk kekal sehidup semati
tak perlulah ku memeluk angan
kini kau ada erat di dalam dakapan
pada mu ku setia berjanji
kekasih abadi
kau kekasih abadi.......................


                                                                                                  

Saturday 25 January 2014

DEMAN CINTA DENGAN.......


                   

Assalamualaikummmm.........hari nie saya nak cerita tentang deman cinta, nak tau apa deman cinta saya sekarang, adalah menonton cerita2 cinta yang sedang melayan di tv skrg ler......antaranya adalah Bukan Kerana Aku Tak Cinta, lakonan sharnaz ahmad n nelydia senrose, wa cakap lu wa sukeeee ler diorang berdua nieh lam citer nie, hehehe walaupun mastura dalam citer nie gedik2, cam perigi cari timba tapi tak menyampah tengok......nak gelak adalah hehehehe......pastu citer projek memikat suami lakonan emma maebong dan aiman, suke tengok citer nie sama cantik sama padan, biasa ler manusia suke tengok benda cantik kan hehehehe tak salah menikmati ciptaan terindah Allah swt hahaha.....lagi satu ariana rose lakonan fathia dan keith foo, citer nie best cuma aku rasa cam xbest ckit pasal keith nie nonmuslim kan pastu siap acting solat bagai cam main2 kan agama aku nie lak, tapi aku layan gak citer nie huhuhu......apa apa pun layan citer2 cinta nieh tak abis, pusing punya pusing tahun yg berubah, umur yang meningkat, tapi jgn lupe ambil pengajaran dari cerita yg kita tgk, jgn tgk setengok tengoknyer tapi tak de per yg kite leh kaitkan dengan kehidupan kite sebagai hambaNya.....

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!


try try buat kan mana tau rezeki huhuhu...........tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yg tau hehehe

Tuesday 21 January 2014

RISIKO DAN GANJARAN

Assalamualaikum.....

hari ini saya bercerita tentang risiko dan ganjaran, dalam hidup kita nie, kita akan berdepan dengan pelbagai risiko, risiko untuk hilang duit, kemalangan, kehilangan dan sebagainya, contohnya kita dah plan siap-siap nak berjimat untuk bulan ini, sebab kita nak saving duit beli sesuatu, tut tut jadi pulak sesuatu yang tak di jangka, tiba-tiba ada seorang kawan kepada kawan kita nie, yang kenal bau-bau bacang jer tak rapat langsung, kalau jumpa pun senyum2 jelah cakap pun dua tiga patah perkataan jer, tapi oleh sebab terjadi perkara tidak di ingini telah berlaku kepadanya, aku yang kesian ni telah mengeluarkan duit ku untuknya atas dasar kasihan, sebelum itu seorang kawan ni pulak, tiba-tiba motornya tak hidup kemudian telah mensend mesej memborrow duitku lagi, aku dengan kasihannya telah meminjamkannya duit, dan sebelum aku mengeluarkan duit kepada kawan-kawan ini, aku telah pun mengeluarkan duit untuk si abang ku ini kerana si abang nie pinjamnyer berbayar hehehe.....dia bayar lebih so kasi pun tak per lah (adik beradik xleh berkira ), kenapa saya cerita saya bagi orang pinjam duit, bukan bermakna saya nak tunjuk baik, ada banyak duit, padahal duit ku cukup-cukup makan jer hehehe......takde niat lansung nak tunjuk baik cuma nak share kalau duit tu walaupun duit kita, kalau dah bukan rezeki kita untuk menggunakan duit tu, simpan lah macam maner pun akan keluar jugak, berpenat lelah simpan hehehe dah bukan rezeki kita nak merasa duit kita simpan nak buat macam maner, redha jer lah.........tapi berpada padalah jangan sampai kita kena meminjam duit orang pulak, satu lagi bagi duit nie ikhlas ker??? hehehe korang fikir sendiri lah, kalau dah namanya pinjam mestilah kita mengharapkan di bayar, walaupun lambatkan, dalam situasi sekarang aku bersyukur sebab aku tidak terdesak menggunakan duit tu, sebab tu lah laju jer aku boleh tolong orang, hehehe pada masa yang sama aku sedang cuba mendidik hati, supaya memberi dengan ikhlas kerana ALLAH SWT, dengan niat untuk membantu, maklumlah tangan memberi tapi mulut bercakap sebab aku manusia biasa tak sempurna, kenapa aku kata begitu sebab, kalau kita tolong orang jangan bagitau orang tapi aku siap taip citer kat blog lagi hehehe.....buruk perangai betol tapi yang penting bukan niat aku nak canang kat orang cuma nak berkongsi bahawa jika sesuatu itu bukan milik kita ia akan pergi meninggalkan kita, tidak kiralah duit, harta, orang yang kita sayang sekali pun dan lain-lain, dan ganjarannya semoga dengan kita tolong orang yang dalam kesusahan seikhlas hati, kita akan di murahkan rezeki, serta mana tau lain hari kita pulak yang dalam kesusahan mintak mintaklah ada orang yang bermurah hati menolong kita......kadang-kadang kita tak tau dengan menderma kepada orang yang dalam kesusahan ni, walaupun berapa jumlahnya, manalah taukan Allah memakbulkan doa-doa diorang nie tak sia-sia kita dapat tempiasnya, hehehe jadi sesamalah kita belajar ikhlas ikhlaskanlah hati.......wahai hati ketahuilah kamu adalah hamba, jadi hambakanlah diri sebagai hamba kepada ALLAH SWT.....smga hidayah petunjukNYA menyinari hati supaya setiap apa yang kita lakukan, adalah kerana Allah swt.........

Saturday 4 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum..........pembuka catatan hari ini, selamat tahun baru kepada semua, tahun baru apa azam baru tahun ini? yang tahun lepas punya dah tercapai ker? apa-apa pun setiap orang berbeza takdirnya, berbeza rezekinya, berbeza nasibnya, bab kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahun, ada orang murah rezeki, tahun baru, dapat beli motor baru, beli telepon baru dan juga kerja baru.....ada pula awal2 lagi dah di beri dugaan.....apa apa pun hidup kena di teruskan, yg tinggalkan kita iringi dengan al-fatihah, yg masih bernyawa teruskan perjuangan kita sebagai hambaNya..............