Pages

Tuesday 12 November 2013

yuyu zulaikha dalam MW




Assalamualaikum semua kengkawan......



cheq nak habaq mai kat depa semua, cerita nieh huh cheq tak taw la samada depa semua taw doh ker dok pasai nie?? tapi cheq saje la nak share, semalam dok belek2 majalah MW nie, cheq terpandang lah si kiut miut nie, macam kenal jah macam kenal jah macam kenal jah bosan nuh ayat nieh hahaha....sape lagi nieh dialah si comel yuyu zulaikha punya kolum kat mw, tahniah na yuyu zulaikha, bangga la cheq ngan dia nie, gigih berusaha la nie sapa tahap nie, baguih la cheq jadi semangat tengok dia nieh, cuz umur dia lebih kurang sama jah ngan cheq, so tgk kawan2 lagu nieh la buat cheq tak putus asa cuba meningkatkan potensi diri cheq to be better day by day, cuz pernah dengaq ayat nie where there a will there a way, inilah yg cheq duk pegang selalu walaupun kita xleh sampai tahap cam yuyu nieh, kurang2 kita usaha dalam hidup kita, kerjaya kita dll, tahniah skali lagi na yuyu zulaikha, smga semua perancangan berjalan lancar la....hehehe sekian entry hari ini.......


Saturday 9 November 2013

maGis Ramlee awang murshid


Assalamualaikum semua....
 
ada apa ngan magis nie, jom mulakan pengembaraan magis..............ngan berkenalan ngan hero-heronya yang pertama adalah saifudin aka laksamana sunan, tombiruo, ryu-watanabe, mikhail dan carlos.

laksamana sunan adalah watak dari novel bagaikan puteri, tombiruo dari novel tombiruolah hehehe, ryu-watanabe dari novel hatiku di harajuku, mikhail dari novel mikahil lah, n terakhir carlos dari novel mandatori, n tetiba rasa mesti ada yg pening lau baca buku nie terus kan tanpa membaca novel yg di bintangi hero2 nie so jom kite tgk sinopsis novel2 hero2 nie jap sebelum jump to MAGIS hehehe.....

kita mulakan ngan Bagaikan puteri, mengisahkan tentang Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Tombiruo pula mengisahkan tentang ejim yg bukan berwajah manusia dan amiruddin kembarnya, lelaki normal y taat beragama, tanpa mereka ketahui awalnya bahawa diorang nie kembar, diorang nie jumpa kat hutan .Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeridan bacalah novel tombiruo tuk korang taw cam ner pertemuan, adik beradik kembar yg bertahun xkenal satu sama lain, hehehe pertama kali lihat wanita dia yg berwajah bukan manusia jatuh cinta, oleh kerana kembar dia mempunyai rasa y sama, apakah yg akan berlaku, dapatkah amiruddin menerima ejim??adakah wan suraya dapat membongkar rahsia pembunuhan yg berlaku.....jgn tgu lagi koran kena cari buku n baca k hehhee 

ryu-watanabe dari novel Hatiku Di Harajuku, Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai? beli n baca sendiri yer kenkawang akhirnya camner hehehe ending cu teka ryu watanabe pilih sape noriko ker girl yg baru dia jumpa.....

hero keempat adalah Mikhail....bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar, kesian sebenarnya ngan mikail nie tapi best cuz cam rihana fall in love ngan mikhail neh, walopom mikhail nie sebenarnya nak bunuh dia, tapi first tgk rihana lagi mikhail nie dah xleh blah dari renung wajah rihanna means dia pun suka jugak kat si rihanna nie, tapi si kakak rihanna nie polis, sah2 taw de yg tak betul ngan mikhail nie, nak taw camner ending samaada mikhail meninggal atau tak korang p kdai2 buku n buy ler hehe...best aku suka cter2 camnie napelah malaysia xde buat, adaptasi mikhail nie ker, lau ada yg adaptasi novel ADAM (aku darah anak melayu) lagi aku suke.....

n last hero adalah carlos dari novel mandatori-Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori! tekanan hidup buat carlos jadi camnie sebenarnya, bagi aku dia baik jer manusia jahat yg buat dia jadi camnie, sebab tu la hidup kita manusia normal, hamba Allah yg lemah nie, perlukan sokongan dan kata2 semangat, jangan duk hentam terus lau ade buat silap, bagi chance lah tapi lau sepuluh kali bagi chance still xubah, better cari org yg lebih advance bagi ceramah or ape2 jer yg leh bagi insaf , tapi yg penting individu tu sendiri nak ubah ke tak n keajaiban doa ibu bapa, n hidayah-Nya....

sekarang kte jump to Magis....

    

Tuesday 5 November 2013

X files


   

Assalamualaikum.....salam maal hijrah 1435 yer semua,

1435 apa yg first terlintas kat fikiran korang semua?? apa yg terlintas di fikiran aku yelah i love u forever, n automatik aku teringat kat lam novel yg pernah aku baca "suami aku ustaz", satu perkataan nie HACKS = Hanya Allah Cinta Ku Selamanya hehehehe, n ikhlas tu ibarat semut hitam atas batu hitam pada malam yang gelap gelita, so ikhlas kte xnampak camner nak xplain ntah faham2 sendiri lah yer :))

jadi apa kaitan ngan  x-files nie, saje nak cter time aku budak2 dulu, kakak aku nie suka tgk cter nie, oleh yg demikan ngan aku pun terikut-ikut suka, selalu mghadap tv hehehe, cter nie best tapi takut la, byk suspen, tapi time budak2 mane aku faham sgt jalan2 cter nie, bila dah besar gedabak sekrg la baru faham huhuhu kenapa n kenapa....dulu bila tgk cter nie selalu ambik kusyen buat tutup muke hehehe konon2nyer nak jadi cam scully heroin cter nie.....satu lagi yg aku suke cter nie yelah tang music dia yg sgt2 mengujakan hahaha begitulah aku time budak2 suka tgk tv sampai skrg pun suke





 




            

Saturday 2 November 2013

Ulu Yam di Liverpool by Nazali Noor

Assalamualaikum....

pernah dengar n tengok kan pasal buku nie, saya pun tahu pasal buku nie masa jalan2 kat blog, dan terbacalah tentang penulis nie yg bli rumah kat luar negara tu, n pasal buku ulu yam di liverpool nie, niat di hati memang nak beli tapi tggu ada kat pasaran.....dan semalam saya teman la my pren nie xsihat pas tu  kononnyer, kitaorang nie nak la cari air kelapa tuk hilangkan pening2 nieh, biasalah lau dah jumpa ngan ramai orang di hujung minggu n bau-bauan pun macam2 rasa sudah tentu kepala pusing berbintang-bintang huhuhu.....di kedai nie my eye pun terpadanglah buku nie n automatik saya tgk harga buku nie, tabiat bila nak bli xleh ubah hahaha...n tangan ku ini terus ambil n bayar n mintak plastik, "dik plastik???" si cashier pun tersenyum manis"20 sen" lupe hari sabtu kena plastik kena caj, ohohohoh "tak per la dik" then back to my tempat kerja, terus mulakan pengembaraan dalam ulu yam di liverpool, dah sampai tang penulis bawa family dia p kota paris n disneyland where dia dah berjaya nak ker tempat impian family diorang, tapi penulis tertinggal dream scrapbook diorang kat malaysia......dan xleh nak tulis mission accomplished kat scrapbook tu hehehe.....

baca ulu yam di liverpool nie mengimbau kenangan kita, ibu bapa kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita, n penulis sangat beruntung memiliki sokongan keluarga yg kuat, tapi walaupun tak semua antara kita mempunyai keluarga yg lengkap, kita seharusnya berusaha membantu diri sendiri dan jangan putus asa, andai tersilap langkah kita masih boleh kembali ke pangkal jalan, tapi seboleh-bolehnya janganlah buat kesilapan yang akhirnya kita sendiri tahu akibatnya tak mungkin di terima orang sekeliling, kerana kita manusia biasa yg lemah, perlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan, perlukan kata-kata nasihat, kata-kata semangat, yang dah berkeluarga isteri atau suami, serta anak2 adalah pencetus inspirasi terbaik dan yang bujang jadikan kata2 ibubapa itu pendorong untuk kita terus berusaha dan cuba mencari jalan untuk meningkatkan potensi diri kita sendiri, sekian.........klate vs pahang nak sokong sape nieh saya kat tengah2 hehehe...