Assalamualaikum.....
hari ini saya bercerita tentang risiko dan ganjaran, dalam hidup kita nie, kita akan berdepan dengan pelbagai risiko, risiko untuk hilang duit, kemalangan, kehilangan dan sebagainya, contohnya kita dah plan siap-siap nak berjimat untuk bulan ini, sebab kita nak saving duit beli sesuatu, tut tut jadi pulak sesuatu yang tak di jangka, tiba-tiba ada seorang kawan kepada kawan kita nie, yang kenal bau-bau bacang jer tak rapat langsung, kalau jumpa pun senyum2 jelah cakap pun dua tiga patah perkataan jer, tapi oleh sebab terjadi perkara tidak di ingini telah berlaku kepadanya, aku yang kesian ni telah mengeluarkan duit ku untuknya atas dasar kasihan, sebelum itu seorang kawan ni pulak, tiba-tiba motornya tak hidup kemudian telah mensend mesej memborrow duitku lagi, aku dengan kasihannya telah meminjamkannya duit, dan sebelum aku mengeluarkan duit kepada kawan-kawan ini, aku telah pun mengeluarkan duit untuk si abang ku ini kerana si abang nie pinjamnyer berbayar hehehe.....dia bayar lebih so kasi pun tak per lah (adik beradik xleh berkira ), kenapa saya cerita saya bagi orang pinjam duit, bukan bermakna saya nak tunjuk baik, ada banyak duit, padahal duit ku cukup-cukup makan jer hehehe......takde niat lansung nak tunjuk baik cuma nak share kalau duit tu walaupun duit kita, kalau dah bukan rezeki kita untuk menggunakan duit tu, simpan lah macam maner pun akan keluar jugak, berpenat lelah simpan hehehe dah bukan rezeki kita nak merasa duit kita simpan nak buat macam maner, redha jer lah.........tapi berpada padalah jangan sampai kita kena meminjam duit orang pulak, satu lagi bagi duit nie ikhlas ker??? hehehe korang fikir sendiri lah, kalau dah namanya pinjam mestilah kita mengharapkan di bayar, walaupun lambatkan, dalam situasi sekarang aku bersyukur sebab aku tidak terdesak menggunakan duit tu, sebab tu lah laju jer aku boleh tolong orang, hehehe pada masa yang sama aku sedang cuba mendidik hati, supaya memberi dengan ikhlas kerana ALLAH SWT, dengan niat untuk membantu, maklumlah tangan memberi tapi mulut bercakap sebab aku manusia biasa tak sempurna, kenapa aku kata begitu sebab, kalau kita tolong orang jangan bagitau orang tapi aku siap taip citer kat blog lagi hehehe.....buruk perangai betol tapi yang penting bukan niat aku nak canang kat orang cuma nak berkongsi bahawa jika sesuatu itu bukan milik kita ia akan pergi meninggalkan kita, tidak kiralah duit, harta, orang yang kita sayang sekali pun dan lain-lain, dan ganjarannya semoga dengan kita tolong orang yang dalam kesusahan seikhlas hati, kita akan di murahkan rezeki, serta mana tau lain hari kita pulak yang dalam kesusahan mintak mintaklah ada orang yang bermurah hati menolong kita......kadang-kadang kita tak tau dengan menderma kepada orang yang dalam kesusahan ni, walaupun berapa jumlahnya, manalah taukan Allah memakbulkan doa-doa diorang nie tak sia-sia kita dapat tempiasnya, hehehe jadi sesamalah kita belajar ikhlas ikhlaskanlah hati.......wahai hati ketahuilah kamu adalah hamba, jadi hambakanlah diri sebagai hamba kepada ALLAH SWT.....smga hidayah petunjukNYA menyinari hati supaya setiap apa yang kita lakukan, adalah kerana Allah swt.........
No comments:
Post a Comment